Wednesday, July 8, 2009

**Cerita Aku**

Hari ni aku tak kerja, chairmen kompeni tempat aku keje suruh aku rehat hari ni, sebab semalam aku jumpa docter kerana kurang sihat, doc bagi MC, aku tak nak, sebab aku rasa aku dapat begerak lagi, masih ada tenaga. Aku boringkalau duduk kat umah. Masa aku dok baring-baring kat sofa fikiran ku melayang-layang mengenang kesah silam aku. Aku teringat satu kesah ketika aku menunggu keputusan SPM.

Seperti anak-anak muda yang lain bila ada masa teruang aku berkunjung kerumah kawan baik ku. Dari bandar kerumah nya lebih kurang 1 km jarak nya. Jadi aku naik beca roda tiga, orang kelantan panggil teksi . Penarik beca ni berusia dalam lingkungan 40an.

Aku : Pak cik dah lama keje macam ni, ( kamudia dia menggelarkan dirinya pak su )
Pak su : dah lama dah sejak belum kahwin lagi, sekarang ni dah ada anak 7 orang.
Aku : dah besar-besar la anak paksu ni kan
Pak su : dah besar dah, yg bongsu darjah 4, 2 org dah masuk universiti dan politek, yang lain darjah 6, tingkatan 3, tingkatan 5 dan tunggu pereksa ( keputusan ) STPM.
Aku : Den(cukup) ke belanja untuk meraka tu paksu, berapa paksu dapat sehari.
Paksu : paksu dapat sehari paling banyak RM10 sari, den tak den pun nak wak guano, kita owg tua kena bui (bagi ) ilmu ke anak-anak jangan jadi mace paksu ni. Ilmu tadak, kena cari rezeki guna ngreng ( tenaga). Tapi kalau rezeki dah BERKAT setakat ni paksu ta'da masaalah sangat.

Aku : tak terkata apa-apa .

Paksu : Maksu mu ( wife paksu ) tu kalau ada buah-buahan sayur-sayauran ke, dia datang ke pasar menjual barang nya. Jadi bolih la tambah sikit keperluan, masa musim kesawah paksu ada la buat tanam padi, cukup untuk buat kami sekeluarga, lembu itek dan ayam ada juga pelihara.

Aku : terima kasih paksu, kita dah sampai, berapa tambang nya.

Paksu : RM0.50 je. ingat Nak, bila dah berjaya jangan lupa pada kedua orang tua kamu, kerja dan cari rezeki yang halal, Allah memberkati hidup kita.

Aku: ( aku bagi RM1) terima kasih paksu, nasihat paksu akan saya ingat .


Setelah aku tamat belajar dan dah kerja ( 7 thn selepas itu ) aku bertemu dengan nya lagi semasa aku singgah di kedai ppati ( warung) untuk makan mee feverete aku. dia sedang makan mee juga. aku bagi salam dan besalaman dengan beliau.

Aku : Paksu sihat, paksu masih nampak macam dulu juga
Paksu : Adik ni sapa paksu tak ingat , maafkan paksu

Aku menceritakan sapa aku dan pernah naik beca nya serta menceritakan kerjaya aku. Kami bebual dan aku menayakan maksu dan anak-anaknya. Dia menceritakan ada yang dah berkerja dengan kerajaan. ada masih belajar kat IPTA . Dia masih dengan kejayanya sebagai penggatih teksi (penarik becah )walau pun anak-anaknya memberi bantuan.

Akhir perbualan kami, dia menanyakan aku dah kawin atau belum dengan kawan aku tu, aku mangatakan tak ada jodoh sambil memberi senyuman pahit. Kami bersalaman dan beredar.



11 comments:

Naz said...

bro Am asal dr negeri Cik Siti Wan Kembang erk?

Kish said...

Oh tibe2 saya terkedu membace n3 uncle kali ni. Ntah nape erk? xtau nak senyum x, kalau senyum ... senyum manis ke masam2 buah mangga muda?? kalau x senyum, ada x rase pahit2 buah peria?? erkz, nape tetibe saya merepek ni uncle. TERKEDU sekejap~!

Naz said...

Kish naper? mcm2 rasa ada... hehehe

amza said...

to bro naz,
ya saya dari negeri udruga wijaya malasgha. :) .

to cik kish ,
Senyum pahit mcm uncle pun okey cik kish

Naz said...

perghh... pokcik dah lama tinggalkan buku sejarah tanah Melayu. tu negeri apa tu bro??

Kish said...

Kish to Abg Naz :
tu la bro... sedih duit x cukup nak masuk minang org ni, isk2.... tgk paksu tu, kayuh beskal je, rezki dia x putus2... nak gitu gak~

Kish to Uncle :
he eh, xmau la senyum pahit mcm uncle... nanti da jd boria pulak kita, ngehehehe~!

Naz said...

Kish, anak sper Kish nak pinang. bagus ni... ikut sunnah nabi.

amza said...

bro naz, urga tu nama lain cik siti wan kembang, ehehee saja guna nama lain.

cik kish kalau tak nak sym pahit, senyum yg tak jadi senyum, tentu nampa comel. leh la kaver , kan kan

Naz said...

ooo... baru pokcik tau.. Urga tu berkait rapat dengan negeri Kelantan.. skrg duk mana erk?

ameeza77 said...

bro naz tuh berminat sebab itu kampung halaman dia juga :P

dia pon biasa balik udruga wijaya malasgha tu ...

x caya cuba tanya bro naz

bezanyer, kalau dia balik sana dia tetap nak makan nasik ngan cili padi juga kan bro naz :)

Naz said...

hahahaha.... akak ni.... hahahaha....
:p