Friday, July 3, 2009

* Benteng-Benteng Penahan Syaitan *


Seorang sufi bercerita bahawa dia telah mengadakan pengembaraan ke bukit Lukam bersama sepuluh temannya selama beberapa hari.Apabila memasuki kawasan lembah dia berjumpa dengan sebuah telaga yang airnya sangat jernih dan di tepinya terdapat sebuah masjid yang diperbuat dari batu-batan putih.

Sebuah mata air keluar dari batu dibawah masjid dan mengalir ke telaga. Orang sufi itu masuk kedalam masjid dan duduk sehingga masuk waktu zuhur. Seorang lelaki memasuki masjid terus azan, kamudian memberi salam kepada si sufi dan solat dua rakaat.

Selepas itu dia mengucapkan iqamah untuk solat zuhur. Seorang syekh datang bersama tiga puluh orang lelaki lainnya. Dan maju ke hadapan dan mengimamkan solat. Sementara orang-orangyang lain termasuk si sufi bersama teman-temannya solat dibelakangnya. Setelah solat zuhur selesai, mereka beredar tanpa berkata bercakap-cakap sepatah kata pun. Pada waktu solat Asar, mereka tidak datang, maka orang-orang sufi mengerjakan solat sendiri.

Ketika masuk waktu solat Maghrib, lelaki bilal datang dan disusul oleh syekh dan kempulannya. Selepas solat maghrib, mereka duduk di situ sehingga masuk waktu Isya' dan solat bersama rombongan sufi. setelah itu mereka beredar tanpa bercakap sepatah pun, sementara orang-orang sufi tetap di dalam masjid.

Beberapa minit kemudian salah seorang di antara mereka datang ke masjid dengan membawa sesuatu dan diletakan di salah satu sisi masjid.

"Mari sini semua!" kata lelaki itu memanggil orang-orang sufi. Orang2 sufi itu pun mendekati pada benda yang ditutp dengan saputangan putih bersih itu. Apabila saputangan disingkap, ternyata dibawahnya ada meja makan yang dipenuhi dengan makanan sebangsa tharid yang sangat sedap. Mereka pun makan dengan sedapnya. Anehnya makanan ini tidak berkurangan walaupun telah dimakan oleh ramai orang.

Menjelang waktu sahur, lelaki itu datang lagi dengan membawa hidangan seperti sebelumnya. Setelah makan sahur, mereka menunggu untuk solat subuh. Syekh Imam datang dan terus mengimamkan solat, kamudian duduk berzikir, membaca Al-Quran, memuji Allah dan berdoa dengan doa yang baik.

Syekh kemudian mengadap kepada para jumaah dan berkata " Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Taala telah mengsyariatkan dua pekara ke atas makluknya di dalam satu ayat, tapi manusia lalai terhadapnya.

"Apa dia syekh?" tanya orang sufi.
"Sila maju ke hadapan." pinta syekh.

"wahai anakku! sesungguhnya Allah Subhanahu wa Taala telah berfitman (yang ertinya) "Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu semua" kata Syekh itu sambil menyebut sifat-sifat musuh tersebut.

Lemudian meneruskan sambungan firman Allah di atas ( yang ertinya) "Anggaplah dia sebagai musuh" " Inilah pekara yang penting bagi kita, yakni menjadikan syaitan itu sebagai musuh" kata Syekh lagi.

"Jadi bagaimana kita membetengi diri dari musuh tersebut?" tanya si sufi

Syekh menerangkan " Benteng yang pertama terbuat daripada emas, iaitu makrifat kepada Allah. Disekeliling benteng itu ada benteng kedua yang terbuat daripada perak, iaitu imam kepada Allah. Disekeliling kedua, ada beteng ketiga yang terbuat daripada besi, iaitu tawakal kepada Allah. Benteng ketiga dikeliling olih benteng keempat yang terbuat daripada batu, iaitu syukur dan redha kepada Allah. Benteng keempat dikeliling oleh benteng kelima yang terbuat daripada tembikar, iaitu melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Benteng kelima dikeliling olih benteng keenam yang terbuat daripada zamrud, iaitu terdiri dari jujur dan ikhlas dalam segala pekara. Benteng keenam dikeliling pula oleh beteng ketujuh dan benteng paling luar yang terbuat daripada intan permata, iaitu budi pekerti"

Syekh menerukan syarahannya " Orang yang beriman bertahan di dalam ke tujuh-tujuh benteng tersebut, manakala syaitan/iblis berada di luar sambil menyalak seperti anjing. Orang yang beriman takkan terpengaruh akan salakan iblis tersebut keranadia telah berlindung dalam beberapa lapisan benteng. Oleh kerana itu, seorang yang beriman hendaklah jangan mengabaikan budi pekerti atau akhlak dalam segala pekara dan jangan memandang rendah setiap pekara yang datang kepadanya dengan akhlak yang baik."

" Kerana barangsiapa yang meninggalkan budi pekerti atau akhlak yang baik dan memandang rendah terhadapnya, bererti dia telah meninggalkan benting paling luar, dia telah tertipu. Bila sudah demikian iblis akan terus menerus merebut benteng-benteng yang lain sehinggalah pada benteng yang pertama yakni merebut iman seseorang sehinggalah dia menjadi kafir dan berkekalan di dalam neraka. Nauzubillah. Inilah akibatnya jika seorang itu meninggalkan budi pekerti yang baik. Oleh itu kita mohon kepada Allah agar mengurniakan adab yang baik"

" Wahai syekh berikan lah saya satu wasiat " kata si sufi

" Bolih saja. Bersungguh-sungguhlah engkau dalam mencari redha Allah sebagaimana engkau bertungkus lumus mencari redha dirimu. tuntulah urusan duniamu sekadar keperluan engkau berada di dalamnya, dan beramallah untuk Tuhanmu dengan kadar hajatnu terhadap Nya. Jangan sampai tertipu olih iblis. Elakan maksiat dengan kadar kamu tak sanggup untuk duduk di atas api neraka. Pelihara lidahmudari pekara-pekara yang diharap ada pahala di dalamnya sebagaimana engkau menjaga dirimu dari berniaga yang tidak mendatangkan untung"

" Setelah itu tinggalkan empat pekara sehingga datang empat pekara, nescaya engkau tidak kuatiri mati pada bila-bila masa. Yang pertama tinggalkan nafsu syahwat sehingga berada di dalam syurga. Kedua, tinggalkan tidur sehingga tidur panjang di dalam kubur. Ketiga tinggalkan istirehat sehingga sampai ke shirat. Keempat, tinggalkan kemegahan sehingga sampai pada timbangan".

Sama-sama kita renungkan dan amalkan.

No comments: