Sunday, June 28, 2009

Sumpah Hippocrates (2)

Artikal ini di ambil dari Blog DEVOTE (http://almomentum.blogspot.com/)


Terkejut tengok gambar di atas? Inilah yang dinamakan two-face, sesuailah dengan tema kita pada kali ini, HIPOKRIT. Rasanya ramai yang sudah tahu apa yang dimaksudkan dengan hipokrit. Dalam internet ada definisi begini;


1.)Someone who says something that even (s)he disagrees with.

2.) A person who is the exact opposite of what (s)he is.

3.)Anyone who discriminates against people or things that are just like them or that they do.


Tetapi, dalam bahasa melayu ia lebih kerap diterjemahkan sebagai munafiq. Adakah sama maksudnya? Munafiq ialah mereka yang yang mengaku Islam pada zahirnya, tetapi dalam hatinya dan tindak-tanduknya bukanlah seperti seorang Islam. Ataupun dalam bahasa yang lebih mudah ialah berpura-pura sebagai seorang Islam.


Pada pendapat saya, lebih baik istilah hipokrit diterjemahkan sebagai munafiq kerana ia lebih relevan dan sesuai terutamanya bagi kita yang beragama Islam. Kenapa saya berkata begitu?

Cuba bayangkan jika kita menerima definisi dalam bahasa inggeris maka seseorang yang bercakap perkara yang tidak baik tetapi perbuatan dan amalannya baik akan tetap dipanggil hipokrit kerana dia melakukan sesuatu yang tidak sama dengan apa yang dikatakannya. Jadi agak tidak tepat dan tidak sesuai walaupun ada sedikit benarnya.


Tetapi, kadang-kadang saya hairan, jarang-jarang saya pelik, sedikit-sedikit saya terkejut. Jika semua sudah faham dan tahu apa yang dimaksudkan dengan hipokrit atau munafiq, kenapa masih ada suara-suara sumbang sebegini?


"Biarkan apa orang nak kata pada saya, walaupun saya berpakaian macam ni, saya ni baik, iman dalam hati. Iman bukannya pada tudung, jubah, purdah, kopiah atau serban"


"Inilah diri saya, saya memang sejak kecil macam ni. Saya tak nak la jadi hipokrit dengan memakai tudung la, stokin la. Hei! Jahat sangat ke saya ni? Allah tak pandang luaran, Dia tengok hati kita. Tak semestinya berpakaian macam ni hati kotor! Ada paham???"


Hmm... Rehat sebentar.... Apa yang anda nampak pada gambar di bawah?



Kenapa masih wujud kata-kata seperti di atas? Terutamanya dalam kalangan artis dan muda-mudi. Sebenarnya mereka tidak memahami apa itu iman dan munafiq yang sebenar.

Iman ialah;


1. tasdiq bil qalb (membenarkan dengan hati)


2. taqrir billisan (mengaku atau mengucap dengan lisan)


3. wal 'amal bil jawarih (amalan dan perbuatan anggota badan)


Jadi, siapa kata iman di hati sahaja? Perlu cukup perkara-perkara di atas barulah boleh dikatakan sempurna iman. Jika tidak, jangan mudah-mudah dan senang-senang hendak mengaku hati bersih dan kuat iman. Tapi apa yang berlaku pada hari ini ialah lahirnya para 'mufti' dari kalangan artis dan mereka yang terpesong. Pernah seorang ustaz berkata, "Iman itu ibarat biji benih, jika benih itu elok maka akan keluarlah pohon, dedaunan serta buah-buahan yang subur dan mekar. Tetapi, jika benih itu buruk maka sebaliknyalah hasilnya..."


Apa pula maksud munafiq? Adakah mereka yang sejak kecil jahat kemudian melakukan perubahan kepada kebaikan itu dikatakan sebagai munafiq? MasyaAllah!!! Sungguh terpesong mereka yang berfikiran begini!!!


Munafiq ialah mereka yang mengaku Islam tetapi amat membencinya. Mereka ini lebih teruk daripada orang kafir kerana mereka adalah musuh dalam selimut, duri dalam daging, gunting dalam lipatan, api dalam sekam dan ular dalam semak. Jadi, adakah mereka yang mengaku Islam tetapi tidak mengamalkan Islam dianggap munafiq? Fikir-fikirkanlah....


Bagaimana pula jika ada yang berkata,


"Buat apa nak pakai tudung kalau tidak ikhlas? hipokrit!! lebih baik free hair je!!"


Sebenarnya, ikhlas adalah sesuatu yang cukup susah untuk mendapatkannya. Bak kata sebahagian ulama, "Ikhlas adalah ibarat seekor semut hitam yang kecil berada di atas batu hitam dalam sebuah gua yang gelap pada waktu malam gelap gelita." Lihatlah!! betapa sukarnya hendak mendapatkan keikhlasan yang sejati. Sehingga begitu sekali perumpamaan yang dibuat.

Jika kita hendak menunggu ikhlas itu sampai atau bak kata sebahagian orang, "tunggu sampai seru", maka, mungkin kita tidak akan sembahyang, berpuasa, melaksanakan hudud atau menutup aurat sehingga hari kiamat.


Keikhlasan atau keimanan itu terbahagi kepada tiga peringkat (Hadis 40);


1. Beramal kerana Allah semata-mata


2. Beramal kerana inginkan syurga


3. Beramal kerana takutkan neraka


Apa penyelesaiannya? Sama-samalah kita berubah, walaupun tidak ikhlas seratus peratus, kita tetap perlu berubah. InsyaAllah keikhlasan itu akan datang, berperingkat-peringkat, ia bukanlah sesuatu yang mudah, perlukan tarbiah, mujahadah, latihan dan kemahuan yang tinggi. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya...

1 comment:

Naz said...

fuhh... banyaknya ilmu pokcik dpt kat entry ni... bro Am ingat semua tu yer? pokcik dah lupa dah... tq ingatkan balik... :)