Wednesday, June 24, 2009

*Pencarian Rumah Idaman*


Para pengunjung blog yg budiman, aku ingin berkongsi satu ilmu tentang senibina rumah melayu. Aku dapati ini daripada beberapa para ilmuan yang mengkaji tentang senibina rumah melayu tradisional. Aku sangat berminat ttg ini kerana aku ingin membina sebuah rumah idaman yang berkonsepkan rumah kayu tradisional berbentuk melayu kelantan. Aku rasa konsep ini sudah jarang digunapakai buat masa skang ni. Satu artikel yang berjudul “Senibina Islam, Aplikasi di Malaysia” ditulis oleh Abdullah Mohammed (NAKULA), di mana kertas kerja ini telah dibentangkan untuk “International Conference on Islam and Technology” yang dianjurkan oleh UTM pada tahun 1983. Satu artikel yang sangat berharga dan patut di ketahui oleh bangsa kita. Di bawah ini aku paparkan secara ringkas tentang senibina melayu dan falsafah yg tersirat disebaliknya.


Rumah melayu sekali pandang senibinanya hanya sebagai tempat kediaman yang dipersuaikan dengan iklim sahaja, seolah-olah tidak mempunyai makna yang lebih jauh/dalam dari itu. Sebenarnya... senibina rumah melayu adalah suatu peninggalan pusaka kebudayaan nenek moyang yang berharga yang telah hilang pengertian nilainya, kerana putusnya penyambungan ( kontinuiti) kebudayaan oleh gangguan penjajah barat dan rasa imperioriti kompleks dalam masyarakat melayu.


Dalam falsafah senibina melayu, masjid adalah alam besar (tempat beribadat) dan rumah tempat kediaman pula diibaratkan seperti alam kecil atau manusia. Berapa ramaikah antara kita yg sedar ttg teori bahawa, sebuah rumah yang melambangkan alam kecil itu dapat dihuraikan pengertian senibinanya sebagaimana kita menghuraikan anggota-anggota/jasad manusia??. Bila sebuah rumah siap, bentuknya seakan atau serupa dengan jasad manusia. Bermakna, ia mempunyai anggota-anggota seperti kepala, tengkuk, dua lengan, dada, perut, pinggang, punggung , dua paha, dua betis, dua kaki, dan anggota rohani iaitu 'kalbu'. Tgk gambar yg siap aku pamerkan di bawah :-



Berpandukan rajah di atas, dihuraikan bahagian-bahagian rumah menurut/berdasarkan kepada setiap bahagian anggota/jasad manusia.

  1. Kepala : Buah butun yang terdiri dari dikemuncak rabung.
  2. Tengkuk : Bahagian antara buah butun dan rabung.
  3. Dua lengan : Kedua-dua sisi yang digelar 'pemeles'.
  4. Dada : Bahagian antara dua sisi pemeles yang digelar 'tuban layar'.
  5. Perut : Bahagian tempat duduk antara alang dan pelantaian.
  6. Pinggang : Bahagian tempat duduk ini juga, tapi dari aspek rasuk (lambung).
  7. Punggung : Pelantaian tempat duduk.
  8. Dua paha-betis : Dua tiang dari alang sampai ke tanah.
  9. Dua kaki : Dua ibu tangga dan anak tangga.
  10. Kalbu : Bilik di dalam rumah.

Sekarang nyata rumah melambangkan jasad manusia. Manusia manakah yang dimaksudkan?. Manusia ini tidak lain tidak bukan, adalah tuan rumah itu sendiri. Teori ini boleh dikaitkan dengan ekspirasi yang lahir dari lubuk hati tuan rumah itu, sebagai contoh dirinya. Wajar dikatakan sebuah rumah adalah salinan atau refleksi daripada tuan rumah tu sendiri, mungkin. Atau, mungkin dapat juga disebut sebagai 'rumah pembalut', manakala tuan rumah menjadi inti di dalamnya. Dan, tidak salah kalau diumpamakan tuan rumah sebagai 'roh' dan rumah sebagai 'jasad'. (Tinggi sungguh perumpamaan dan bahasa aku ni, kah kah kah). Apepun, begitulah eratnya tuan rumah dengan sebuah rumah dalam pemikiran melayu dulu kala.

Bersambung ................. (cari ilham!)


5 comments:

Kish said...

Wohooo~! rumah klasik - modern erk? luar nampak tradisional, dalam dia modern... gitu? teringat umah apek saiful dalam cite laila isabella (erkz, ke saya salah cite??, he he). Luar haish~ mcm setinggan je, tp dalam dia... pergh~!. Apepun, senibina tradisional mmg ade nilai yg tersendiri. Unik!(",).

amza said...

To Cik Kish, tak best arr akhir drama dah tau. tak jadi suspen la lagi. Uwwwwaaaaaaaaa

Kish said...

Kish to Uncle:
erkz, ape yg da tau?? citer laila isabella tu ke? he he, yg tu mmg da sedia tau. 3x dok ulang tayang tgk.. ngehe. tang mane yg tau uncle? (buat2 xtau) he he. elleh uncle, tu saya bertanye la, bukan buat statement, apeeee ni~!

Mrs Nurul said...

rumah pon ade kepala kaki peha? huhu menarik gak =)

amza said...

to silampu neon, banyak lagi ttg falasafah rumah melayu lama, nanti akan aku sambung tentang rumah taradisi ini. selalu2 lah dtg sini, sama2 kita bolih share pendapat.