Monday, June 22, 2009

*M.E.L.A.Y.U.!*


Aku (ganti diri yang tak biasa digunapakai oleh Aku) ... selalu melayari blog-blog yang memaparkan kisah kehidupan harian mereka. Hati aku tercuit bila mengatakan sikap bangsa kita MELAYU, tentang sikap berkerja, berkawan, dan entah apa lagi yang tidak disenangi. Dalam pengalaman ku sendiri pun pernah aku temui sikap-sikap yang negative ini. (Mungkin, Aku pun dalam golongan ini.... kah kah kah kah).


Aku telah membaca karya klasik “Pelayaran Abdullah Munshi ke Kelantan dengan meyebut melayu pemalas, pengotor ……. ( malas nak sebut lagi ) mungkin pandangannya pada masa itu melayu malas membanting tulang untuk memajukan dirinya. Ini kerana Abdullah berkerja dengan Kolonial Inggeris yang membezakan sikap Inggeris dan Melayu. Bagi aku itu zaman dulu, kini Melayu telah merdeka lebih 50 tahun dari penjajahan. 400 tahun umat melayu ini dijajah bukan saja Negara tapi pemikirannya juga yang mana bisa meranapkan keperibadian Melayu. Kalau diimbas sejarah melayu sebelum kedatangan penjajah, melayu adalah bangsa yang ideal. Mempunyai ketamadunan yang maju dari pemikiran, sikap dan juga kekuatan mental dan fizikal. Cuba lihat dizaman sri vijaya dan zaman kesultanan melayu, betapa agongnya bangsa melayu. Wanita menjadi kepala pemerintah. Tapi sekarang?? semuanya lenyap di telan zaman!.


Sepatutnya bangsa Melayu sekarang ini ubah sikap, berfikiran kritis, bersikap realistik, bersikap positif, berkesungguhan, takdir dan berusaha, percayakan diri sendiri, memberi dan menerima, waktu dan tugas dan disiplin sebagai punca kekuatan. Sekiranya Melayu ingin mengembalikan Kegemilangan Melayu yang ideal dulu, bangun la dari lena yang panjang. Bangun MELAYU, bangun bangsaku! (semangat pulak, cewah.. kah kah kah).


Bagi aku, aku masih sayang pada bangsa ku, aku masih sayang pada bahasa ku, aku masih sayang pada cara hidup bangsa ku dan aku masih sayang ketamadunan bangsaku!.


__[ Masih.Ada.Sayang ]__


10 comments:

Kish said...

Sgt setuju! hundred n 10 percent.... MELAYU zaman cyber yg kita war2 dan gah kan sebagai bangsa yg bertamadun, hakikatnya cume bangsa kita je yg rase mcm tu. Walhah pd pandangan dan penilaian serta ukuran bangsa lain, kita adalah bangsa yg selalu di MANJA kan. Dan krn manja tu la yg menyebabkan bangsa MELAYU kita makin lemak, lemah dan malas!. Aku bukan nak mengeji bangsa sendri, jauh sekali nak menidakkan kebaikkan anak bangsa. Aku setakat berkongsi pendapat atas pengalaman2 yg aku da lalui. MELAYU dulu serba kekurangan, x ramai yg educated tp masih, bangsa MELAYU kita kuat jatidiri, kuat nilai dan harga diri. MELAYU sekarang?? bak kate nabil, 'lu pk la sendri!'. Aku pun sayang bangsa aku!

Naz said...

menyusuri paradigma tentang bangsa Melayu... sangat bagus entry ni. banyak membaca bro Am... syabas dan teruskan perjuangan ni. kadang2 terfikir, apa akan terjadi kalau bangsa Melayu ini dinamakan sebagai bangsa Menyegar? mungkin akan mengubah sikap bangsa itu sendiri kerana nama memainkan peranan dalam membentuk dan mempengaruhi. atau mungkin dna dari datuk nenek kita juga ada menyumbang kepada apa yang telah terjadi sekarang ini. apa2 pun, semua ini terpulang kpd individu itu sendiri sebenarnya. manakan nak dpt ikan jika tidak dijala. manakan nak dpt sagu jika tidak dipecahkan ruyungnya... semakin hari Melayu semakin lemah dari segi perpaduan, akhlak, ilmu pengetahuan, dan juga agama. buka saja paper, macam2 kes yg kurang menyenyangkan kita boleh baca. mungkinkah Malaysia bakal menerima nasib seperti Temasik? Wallahualam....

amza said...

Terima kasih pada Kish juga Bor Naz, kerana sudi melawat dan membaca blog ni serta memberi komen yang positif. Aku cuma melontarkan pandangan aku je, tidak beniat untuk menjatuhkan maruah bangsa sendiri, cuma itu la realitinya yang kita hadapi setiap hari dimana2 saja, di opis, di gerai, di jalan raya malah di mana saja.Sikap nagetif masih sukar di ubah.Makin maju makin hilang keperibadian bangsa kita. Terima kasih sekali lagi. :)

ameeza77 said...

Aku pun sayang bangsa aku. Oleh itu aku berpendapat, elakkan dari mempertikai sikap bangsa melayu yang goyang, lemah, korup atau apapun label yang ingin kita lemparkan. kerana halikatnya inilah asal usul kita dan nenek moyang kita. Ada bagusnya kita mengubah paradigma ke arah yang lebih baik dan memperbaiki apa yang kurang, dengan membimbing dan memberi teguran yang membina. kelemahan bangsa kita jika di ukur setinggi langit pun tak kan mengubah apa2. Sebaliknya jika kelemahan itu diperbaiki, lebih banyak lagi yang boleh kita capai. Bangsa melayu asik di sogok oleh bangsa kita sendiri dengan pelbagai kata2 negatif yang tidak langsung merangsang minda maupun emosi. Bila dididik dari kecil mengatakan bangsa melayu lemah, pemalas dan manja, itulah yang diserap oleh minda orang melayu. Mungkinkah pendidikan yang lebih telus dgn menyemai benih2 semangat yang lebih membina dari manjatuhkan akan mengubah bangsa kita kelak? Kita berhak mendapat lebih dari tomahan stereotaip yang biasa bangsa melayu kita sendiri lemparkan. Mungkin kita patut mulakan dengan anak2 kita! (Oi pi studi, x sedar diri esok mid term! Hahahah) - setakat memberi pendapat ...

Naz said...

Teringat pesal 1 lagu warisan. selalu nyanyi masa kem bina semangat... jom layan liriknya...

Lagu warisan : Anak Kecil Main Api

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cita lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Bangunlah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara

Kish said...

Kish to Abg Naz:
erkz siyes x tau lagu ni abg naz... masuk skit dalam you tube :D sing dengan gitar kapok itu ye .. he he. intro skit ke... x ingat ni. kem bina semangat?? atau ni lagu zaman abg naz ngan along dulu2? he he he

ameeza77 said...

ish akak ingat akak ingat, feeling and semangat gle lagu nih. Nih lagu time kita jer naz, KISH kan bdk pakai cermin mata beso masa tuh hehehheh - KISH jgn mare nanti kena jual! (eh sendiri pon pakai cermin mata beso jugak lerrr)

Kish said...

Kish to Along:
wakakakaka! lol, zamam itu mmg femes pe cermin mata beso. x tgk mak punye?? lg superb besar, ha ha ha~. zaman itu saya kurang cute, skang ni superb duperb cute, ngehehehehe~! erkz, tp siyes la,xtau pun ini lagu??? intro la skit.. nak dengar!

amza said...

alahai, rupanya ada kenangan manis , citer la nak tumpang sengeh sekaki. To bro naz, nanti bila cik kish wat kenduri nasi minyak bolih la bro naz buat persembahan . To cik kish, jangan lupa jemput Uncle nanti. To Along, nanti bolih rasa kek along ( tu pun kalau cik kish jemput ) ekekekeke

Naz said...

Kish... x tau ek lagu tu? pokcik dah unplugged dah. tunggu masa nak haplod dlm utube.

apa kez? along jd facilitator pokcik dulu arr... dia sungguh kijam. hahahaha...

Akak... lagu zaman muda2 dulu. hehehe... akak ingat lagi melodynya? karok la sikit. hehehe...

Am... bila Kish punya kenduri tu? x problem. jom kita sama2 unplugged. :D