Wednesday, September 23, 2009

Thursday, September 17, 2009

Selamat menyambut Eidul Fitr

pengunjung blog yang budiman , saya pohon kemaafan zahir dan batin, sekiranya ada kesalahan sepanjang melawati blog saya ini. Selamat Beraya


Free Orkut and MySpace Eid Graphics Glitters
click to get More Eid Comments & Graphics


Free Image Hosting Photo Pictures Upload Photos




Raya ni renung2 ikan kat sini la saya.

Tuesday, September 15, 2009

Monday, September 14, 2009

Musafir Di EidilFitri

Ari ni dah genap 24 hari kita mengerjakan ibadah Puasa, hendaknya ibadah yang kita kerjakan ini akan di terima oleh NYA. Dan bau2 kewangian hari raya dah mula terasa, untuk itu kita layan dulu lagu ni dulu. :((

Sunday, September 13, 2009

Rajin Bergambar

Ari ni terasa rajin sikit nak amik gambar. Pagi-pagi lagi aku ke opis kerana ada temu janji dgn MFWYG . Selepas sembang-sembang lebih dari 2 jam. Terasa ingin untuk bebuka dgn udang.
Aku pinjam camera opis dan boleh la nanti amik gambar untuk masukan dalam entry aku ari ini.



Ini aku dalam keta sambil drive sempat snap satu pic .
arah aku ini untuk solat di masjid. Solat zohor.

Ini aku snap lagi dalam keta


ni masa nak parking keta kat masjid. Cermin keta nampak kelabu sikit . tp kira oke la.




Ni bahagian walkway kat masjid. Nak g ke tempat toilet n wudu'

sebahagian sekitar masjid. Kat dalam masji nanti entry lain akan ku tunjukan.

Ni pula Toilet


Ni tempat amik wudu'
Ni snap dlm keta menuju ke pasar basah


kat pasar basah beli ikan merah utk buat sup





dah jumpa udang , aku beli 2 kg beb. Harga jgn cakap. asal dapat makan udang ari ni kira oke.

Ni pula aku sempat beli buah kurma segar ( mungkin manis kut )

Ni je aku nak citerkan, Udang yg di beli dah siang n ready utk di goreng. Mana kala ikan merah pula aku buat sup. nanti bebuka ni tentu menyelerakan. ok la aku nak g goreng udang dulu. Lagi 15minit untuk bebuka. Selamat bebuka dan bersahur kpd yg jengguk2 blog ni. :P

Saturday, September 12, 2009

Thursday, September 10, 2009

Ramadan Di Perantauan

Sudah 20 hari kita berpuasa, begitu cepat rasanya masa bejalan. Disini aku cuba gambarkan suasana hidup saorang perantau dalam bulan ramadan. Dan tempat-tepat yang selalu aku bebuka atau iftar. Gambar-gambar di bawah ini menggambarkan peristiwa yang di alami.


Berbuka di warung


Bebuka di masjid


Bebuka di masjid



Bebuka di hotel (Buffet)


Bebuka d hotel

Suasana masa Bebuka d hotel


Bebuka d hotel

Bebuka kat umah tak ada picture, malas nak tayangkan , sebab masak ala kadaar je, masak semua bodoh, nasi goreng bodoh, sayur sup bodoh, sup kambing ala kadar je, kekdang bebuka dgn buah-buahan je, uhuhu.

Tuesday, September 8, 2009

Cetusan Rasa Dan lagu 9

Menepis bayang ,
Menahan rindu..
masih ada luka yang menganga,
Gelap fikiran menjadi-jadi,
mangkin dangkal menatap,
Selalu ada Tanya yang kian tak berhenti
Adakah disana tersimpan suka,
Lupakan apa disini memendam bimbang...

Tak pernah bisa berkata..
apa lagi ungkapan suatu yang berubah
hilang
dan
samar

Hanya perasaan..?
ataukah memang benar adanya..?
Bahawa
Segalanya telah berubah..
atau kah sementara ?

Tak pernah mengerti erti kata
Tak mau mendengar bahasa tertuang
Hanya mampu mengendap bisu
Disudut kelam berujungkan pedang

Asap hitam dari api
Yang belum tau sebab
kini membakar tautan yang lengah
kini tidak ada lagi yang bisa dilakukan
Api itu telah menjadi bara
yang dulu sebuah arang yang menjaga kehangatannya

Entah ...
Kapan api itu akankembali
Hangatkan jiwa yang sendiri










Monday, September 7, 2009

Cetusan Rasa Dan lagu 8

Masih ada lagi kah hari-hari nanti
dan masih ada lagi kah tapak-tapak yang lalu
Ahhh... angin malam sengguh dingin
kaku rasa nya jari jemari ini

bulan masih tetap bersinar
saperti malam-malam yang lalu
mungkin kah aku dapat melihatnya lagi
di malam-malam yang lain?....

Ermmm................
Impian ku untuk esok lusa dan ....
tak terhitung banyaknya...
masih ada hari lagi kah aku ini
untuk ku gapaikan nya
atau mungkin .......


Friday, September 4, 2009

Cetusan Rasa Dan lagu 7

Kat sini ku dok sore-sore
dok nati pagi ye tok penah mati
dok te kene wajah baye mu
te jenengha di bawah binte semu
te sercecah raso, ye sokmo teraso
te kulai lemah, beharap buai

tejerat hangat mentari, waktu sepi
tak penah mati,tak kekal abadi
aku dok juga sini, sore-sore
terdgr angin bebisik, terasa te usik
semut pulak bebaris dan nangis
kucing jalene,kesunyian

Jom Dengar Lagu Irama Blues ala German


kesah yg di tulih denge tinta putih
tak pernah menjadi sekara ape
tak ingi aku alami
hidup hampa terbuai oleh satu kata
cinta.......

maaf deh, itu kata utk hati
ye dok mintak, dok merintih, dok pohon sebuah hati
" salah sendiri kenapa kemari"
kediri seore penyendiri
kat sini ku teghus menanti

Rock Beb!!!!



Wednesday, September 2, 2009

Cetusan Rasa Dan lagu 6


Flowers Comments




Pada sejambak tulip yang mekar
dan air sungai yang mengalir
disitu ku lihat terukir wajah mu
dan tertulis kisah cinta kita berdua.

Sebuah nostalgia yang lalu
tidak mudah untuk ku lupakan
dan masih ku simpan erat-erat
didalam sebuah lukisan digital kita

Kini aku merindu waktu itu
waktu yang tak mungkin terulang
bersama memujuk merayu waktu luang
Karena kau terlalu kusayang

Bidadari hati ku
kemarin, kini dan nanti
ku beri seutuh cinta dihati
dan tak akan pernah terbagi,
karena kau bidadari hati


Tuesday, September 1, 2009

Cetusan Rasa Dan lagu 5 (Kembalilah)

Dengarkan lah ..
Kali ini aku bertanya pada mu kasih…
Tiada tara sakit yang kurasakan tanpa mu…
Semua jiwa ku tanpa kau disisi ….

Ku Akui….
Aku telah lama menyia-yiakan Mu dalam hidup ku…
Aku telah bodoh dan naif untuk selalu menyibukan diriku…
Hingga aku terhentak...
Bahawa kau sangat berarti utk Ku...…
Tapi kali ini pasti berbeda..
Ini aku.....
untuk mu...

Sungguhh......

Hanya diri mu penyejuk dalam Kalbu ku
Aku ingin engkau selalu hadir dan temanku sepanjang
Bahkan Untuk hidupKu Yang lain…

Untuk Tujuan kita… Impian kita….
Dan yang terbaik demi cinta kita….

kembali lah sayang