Sunday, June 28, 2009

* JALINAN SATU DENYUTAN *


Disini kita ada sayang
Persoalan berombak riuh
Dibuai jutaan bebuih pantai
Menjalin jambatan kematangan
Meraih kematangan jitu

Pertanyaan apa perlu di jawab
Sedangkan yang berbunyi di dengar
Yang berbisik dibui
Pastinya berdiri kematangan
Membasahi ketandusan jiwa
Bernyanyi beretak padu

Disini kita ada sayang
Pesisir pantai mencelah senyum
Menggamit kegirangan sang nelayan
Kanak-kanak mengerti tidak
Terik mentari menggigit nyaring
Lantas yang ada ngilai memanjang
Menyambut hari-hari kedewasaan

Persoaalan akhir disini
Sisa-sisa adalah laluan pasti
Dihampar kegetiran dan kedewasaan
Membangun keutuhan minda
Melengkapi kelembutan hati
Yang pasti
Disini sayang masih ada
Melalui gigi pantai
Bermain ombak sejuk di gigi diri dan terpancar keyakinan hakiki.



*A Little Bit Longer*


A little bit longer...You don't even know..no.

Got the news today
But they said i had to stay
A little bit longer and i'd be fine
When i thought it'd all be done
When I thought it'd all been said
A little bit longer and I'll be fine.
But you don't know what you got 'til it's gone
And you don't know what it's like to feel so low
And everytime you smile or laugh you glow
You don't even know.

All this time goes by
Still no reason why
A little bit longer and I'll be fine.
Waitin' on a cure
But none of them are sure
A little bit longer and I'll be fine
But you dont know what you got 'til it's gone
And you dont know what its like to feel so low.
And everytime you smile or laugh you glow
You dont even know, know, know
You dont even know, know, know.
You dont even know, no.


Sumpah Hippocrates (2)

Artikal ini di ambil dari Blog DEVOTE (http://almomentum.blogspot.com/)


Terkejut tengok gambar di atas? Inilah yang dinamakan two-face, sesuailah dengan tema kita pada kali ini, HIPOKRIT. Rasanya ramai yang sudah tahu apa yang dimaksudkan dengan hipokrit. Dalam internet ada definisi begini;


1.)Someone who says something that even (s)he disagrees with.

2.) A person who is the exact opposite of what (s)he is.

3.)Anyone who discriminates against people or things that are just like them or that they do.


Tetapi, dalam bahasa melayu ia lebih kerap diterjemahkan sebagai munafiq. Adakah sama maksudnya? Munafiq ialah mereka yang yang mengaku Islam pada zahirnya, tetapi dalam hatinya dan tindak-tanduknya bukanlah seperti seorang Islam. Ataupun dalam bahasa yang lebih mudah ialah berpura-pura sebagai seorang Islam.


Pada pendapat saya, lebih baik istilah hipokrit diterjemahkan sebagai munafiq kerana ia lebih relevan dan sesuai terutamanya bagi kita yang beragama Islam. Kenapa saya berkata begitu?

Cuba bayangkan jika kita menerima definisi dalam bahasa inggeris maka seseorang yang bercakap perkara yang tidak baik tetapi perbuatan dan amalannya baik akan tetap dipanggil hipokrit kerana dia melakukan sesuatu yang tidak sama dengan apa yang dikatakannya. Jadi agak tidak tepat dan tidak sesuai walaupun ada sedikit benarnya.


Tetapi, kadang-kadang saya hairan, jarang-jarang saya pelik, sedikit-sedikit saya terkejut. Jika semua sudah faham dan tahu apa yang dimaksudkan dengan hipokrit atau munafiq, kenapa masih ada suara-suara sumbang sebegini?


"Biarkan apa orang nak kata pada saya, walaupun saya berpakaian macam ni, saya ni baik, iman dalam hati. Iman bukannya pada tudung, jubah, purdah, kopiah atau serban"


"Inilah diri saya, saya memang sejak kecil macam ni. Saya tak nak la jadi hipokrit dengan memakai tudung la, stokin la. Hei! Jahat sangat ke saya ni? Allah tak pandang luaran, Dia tengok hati kita. Tak semestinya berpakaian macam ni hati kotor! Ada paham???"


Hmm... Rehat sebentar.... Apa yang anda nampak pada gambar di bawah?



Kenapa masih wujud kata-kata seperti di atas? Terutamanya dalam kalangan artis dan muda-mudi. Sebenarnya mereka tidak memahami apa itu iman dan munafiq yang sebenar.

Iman ialah;


1. tasdiq bil qalb (membenarkan dengan hati)


2. taqrir billisan (mengaku atau mengucap dengan lisan)


3. wal 'amal bil jawarih (amalan dan perbuatan anggota badan)


Jadi, siapa kata iman di hati sahaja? Perlu cukup perkara-perkara di atas barulah boleh dikatakan sempurna iman. Jika tidak, jangan mudah-mudah dan senang-senang hendak mengaku hati bersih dan kuat iman. Tapi apa yang berlaku pada hari ini ialah lahirnya para 'mufti' dari kalangan artis dan mereka yang terpesong. Pernah seorang ustaz berkata, "Iman itu ibarat biji benih, jika benih itu elok maka akan keluarlah pohon, dedaunan serta buah-buahan yang subur dan mekar. Tetapi, jika benih itu buruk maka sebaliknyalah hasilnya..."


Apa pula maksud munafiq? Adakah mereka yang sejak kecil jahat kemudian melakukan perubahan kepada kebaikan itu dikatakan sebagai munafiq? MasyaAllah!!! Sungguh terpesong mereka yang berfikiran begini!!!


Munafiq ialah mereka yang mengaku Islam tetapi amat membencinya. Mereka ini lebih teruk daripada orang kafir kerana mereka adalah musuh dalam selimut, duri dalam daging, gunting dalam lipatan, api dalam sekam dan ular dalam semak. Jadi, adakah mereka yang mengaku Islam tetapi tidak mengamalkan Islam dianggap munafiq? Fikir-fikirkanlah....


Bagaimana pula jika ada yang berkata,


"Buat apa nak pakai tudung kalau tidak ikhlas? hipokrit!! lebih baik free hair je!!"


Sebenarnya, ikhlas adalah sesuatu yang cukup susah untuk mendapatkannya. Bak kata sebahagian ulama, "Ikhlas adalah ibarat seekor semut hitam yang kecil berada di atas batu hitam dalam sebuah gua yang gelap pada waktu malam gelap gelita." Lihatlah!! betapa sukarnya hendak mendapatkan keikhlasan yang sejati. Sehingga begitu sekali perumpamaan yang dibuat.

Jika kita hendak menunggu ikhlas itu sampai atau bak kata sebahagian orang, "tunggu sampai seru", maka, mungkin kita tidak akan sembahyang, berpuasa, melaksanakan hudud atau menutup aurat sehingga hari kiamat.


Keikhlasan atau keimanan itu terbahagi kepada tiga peringkat (Hadis 40);


1. Beramal kerana Allah semata-mata


2. Beramal kerana inginkan syurga


3. Beramal kerana takutkan neraka


Apa penyelesaiannya? Sama-samalah kita berubah, walaupun tidak ikhlas seratus peratus, kita tetap perlu berubah. InsyaAllah keikhlasan itu akan datang, berperingkat-peringkat, ia bukanlah sesuatu yang mudah, perlukan tarbiah, mujahadah, latihan dan kemahuan yang tinggi. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya...

"" Windu Sudah Datang ""



Thursday, June 25, 2009

***Bila Ku Rindu***

Bila aku teringat sesaorang.



Best kan lagu lama ni, suara pun power



Wednesday, June 24, 2009

*Teringat Masa Belajar *


Lagu ni kanteringat masa dok study dulu, member pak arab ajak aku tgk concert Santana besama kawan2 sekelas, siap lansing2 lagi. wakakakaka. Itu masa 12tahun lepas. hobby tgk concert tak ada dah sekarang.




*Pencarian Rumah Idaman*


Para pengunjung blog yg budiman, aku ingin berkongsi satu ilmu tentang senibina rumah melayu. Aku dapati ini daripada beberapa para ilmuan yang mengkaji tentang senibina rumah melayu tradisional. Aku sangat berminat ttg ini kerana aku ingin membina sebuah rumah idaman yang berkonsepkan rumah kayu tradisional berbentuk melayu kelantan. Aku rasa konsep ini sudah jarang digunapakai buat masa skang ni. Satu artikel yang berjudul “Senibina Islam, Aplikasi di Malaysia” ditulis oleh Abdullah Mohammed (NAKULA), di mana kertas kerja ini telah dibentangkan untuk “International Conference on Islam and Technology” yang dianjurkan oleh UTM pada tahun 1983. Satu artikel yang sangat berharga dan patut di ketahui oleh bangsa kita. Di bawah ini aku paparkan secara ringkas tentang senibina melayu dan falsafah yg tersirat disebaliknya.


Rumah melayu sekali pandang senibinanya hanya sebagai tempat kediaman yang dipersuaikan dengan iklim sahaja, seolah-olah tidak mempunyai makna yang lebih jauh/dalam dari itu. Sebenarnya... senibina rumah melayu adalah suatu peninggalan pusaka kebudayaan nenek moyang yang berharga yang telah hilang pengertian nilainya, kerana putusnya penyambungan ( kontinuiti) kebudayaan oleh gangguan penjajah barat dan rasa imperioriti kompleks dalam masyarakat melayu.


Dalam falsafah senibina melayu, masjid adalah alam besar (tempat beribadat) dan rumah tempat kediaman pula diibaratkan seperti alam kecil atau manusia. Berapa ramaikah antara kita yg sedar ttg teori bahawa, sebuah rumah yang melambangkan alam kecil itu dapat dihuraikan pengertian senibinanya sebagaimana kita menghuraikan anggota-anggota/jasad manusia??. Bila sebuah rumah siap, bentuknya seakan atau serupa dengan jasad manusia. Bermakna, ia mempunyai anggota-anggota seperti kepala, tengkuk, dua lengan, dada, perut, pinggang, punggung , dua paha, dua betis, dua kaki, dan anggota rohani iaitu 'kalbu'. Tgk gambar yg siap aku pamerkan di bawah :-



Berpandukan rajah di atas, dihuraikan bahagian-bahagian rumah menurut/berdasarkan kepada setiap bahagian anggota/jasad manusia.

  1. Kepala : Buah butun yang terdiri dari dikemuncak rabung.
  2. Tengkuk : Bahagian antara buah butun dan rabung.
  3. Dua lengan : Kedua-dua sisi yang digelar 'pemeles'.
  4. Dada : Bahagian antara dua sisi pemeles yang digelar 'tuban layar'.
  5. Perut : Bahagian tempat duduk antara alang dan pelantaian.
  6. Pinggang : Bahagian tempat duduk ini juga, tapi dari aspek rasuk (lambung).
  7. Punggung : Pelantaian tempat duduk.
  8. Dua paha-betis : Dua tiang dari alang sampai ke tanah.
  9. Dua kaki : Dua ibu tangga dan anak tangga.
  10. Kalbu : Bilik di dalam rumah.

Sekarang nyata rumah melambangkan jasad manusia. Manusia manakah yang dimaksudkan?. Manusia ini tidak lain tidak bukan, adalah tuan rumah itu sendiri. Teori ini boleh dikaitkan dengan ekspirasi yang lahir dari lubuk hati tuan rumah itu, sebagai contoh dirinya. Wajar dikatakan sebuah rumah adalah salinan atau refleksi daripada tuan rumah tu sendiri, mungkin. Atau, mungkin dapat juga disebut sebagai 'rumah pembalut', manakala tuan rumah menjadi inti di dalamnya. Dan, tidak salah kalau diumpamakan tuan rumah sebagai 'roh' dan rumah sebagai 'jasad'. (Tinggi sungguh perumpamaan dan bahasa aku ni, kah kah kah). Apepun, begitulah eratnya tuan rumah dengan sebuah rumah dalam pemikiran melayu dulu kala.

Bersambung ................. (cari ilham!)


Monday, June 22, 2009

*M.E.L.A.Y.U.!*


Aku (ganti diri yang tak biasa digunapakai oleh Aku) ... selalu melayari blog-blog yang memaparkan kisah kehidupan harian mereka. Hati aku tercuit bila mengatakan sikap bangsa kita MELAYU, tentang sikap berkerja, berkawan, dan entah apa lagi yang tidak disenangi. Dalam pengalaman ku sendiri pun pernah aku temui sikap-sikap yang negative ini. (Mungkin, Aku pun dalam golongan ini.... kah kah kah kah).


Aku telah membaca karya klasik “Pelayaran Abdullah Munshi ke Kelantan dengan meyebut melayu pemalas, pengotor ……. ( malas nak sebut lagi ) mungkin pandangannya pada masa itu melayu malas membanting tulang untuk memajukan dirinya. Ini kerana Abdullah berkerja dengan Kolonial Inggeris yang membezakan sikap Inggeris dan Melayu. Bagi aku itu zaman dulu, kini Melayu telah merdeka lebih 50 tahun dari penjajahan. 400 tahun umat melayu ini dijajah bukan saja Negara tapi pemikirannya juga yang mana bisa meranapkan keperibadian Melayu. Kalau diimbas sejarah melayu sebelum kedatangan penjajah, melayu adalah bangsa yang ideal. Mempunyai ketamadunan yang maju dari pemikiran, sikap dan juga kekuatan mental dan fizikal. Cuba lihat dizaman sri vijaya dan zaman kesultanan melayu, betapa agongnya bangsa melayu. Wanita menjadi kepala pemerintah. Tapi sekarang?? semuanya lenyap di telan zaman!.


Sepatutnya bangsa Melayu sekarang ini ubah sikap, berfikiran kritis, bersikap realistik, bersikap positif, berkesungguhan, takdir dan berusaha, percayakan diri sendiri, memberi dan menerima, waktu dan tugas dan disiplin sebagai punca kekuatan. Sekiranya Melayu ingin mengembalikan Kegemilangan Melayu yang ideal dulu, bangun la dari lena yang panjang. Bangun MELAYU, bangun bangsaku! (semangat pulak, cewah.. kah kah kah).


Bagi aku, aku masih sayang pada bangsa ku, aku masih sayang pada bahasa ku, aku masih sayang pada cara hidup bangsa ku dan aku masih sayang ketamadunan bangsaku!.


__[ Masih.Ada.Sayang ]__


Sunday, June 21, 2009

*Cerpen [Udruga Wijaya Malasingha]*


__[ Di Petik Dari : Ramli Abdul Halim ]__



'MALU?. Kenapa dia mesti malu?'

Dia berpegang pada kata ibu dan ayahnya, sifat malu, rendah diri, kalah roma dan pelbagai sifat yang sererti makna lagi tidak akan menjadi lampu ajaib atau switch-on untuk meraih jaya. Yang pasti, dia tidak akan mati kerana malu atau dimalukan dan dia tidak akan hidup kerana puji dan puja atau dikagumi dan dihormati. Pokok pangkalnya, moral dan pekerti kena dipelihara dan dijaga. Doa kena sentiasa dipanjatkan supaya iman dan takwa semakin kental, hidup sentiasa dipayungi taufik dan hidayah-Nya.

Orang mahu ketawa, mahu mempersenda, mahu memikirkan kepelikan namanya sampai sakit dan pecah kepala pun, biarlah dan silakan kalau dirasakan apa yang mereka lakukan itu bukan kerja sia-sia. Yang dia tahu dan kalau boleh mahu diberitahu kepada semua orang, dia bangga dengan namanya, nama pilihan ibu dan bapanya yang sangat disayanginya dan amat menyayanginya. Dia yakin ibu dan ayahnya ada sebab dan alasan sendiri dalam memberikan nama anak-anak.

“Udruga Wijaya Malasingha,” dia memperkenalkan namanya. Suaranya lantang membuktikan sifatnya yang sentiasa yakin kepada diri sendiri.

“Bangsa?”

“Melayu.”

“Agama?”

“Islam.”

“Kerwarganegaraan?”

“Malaysia.”

“Kerakyatan?”

“Kelantan.”

Soal-soalan yang diajukan kepadanya dijawab dengan cepat dan tetap. Itu yang diajar oleh ibu dan ayahnya. Kredibiliti, hemah, prestasi, reputasi dan tahap kecerdikan dan pemilikan ilmu pengetahuan seseorang, kata ayahnya, akan terserlah melalui cara percakapan.

“Nama awak....”

“Udruga Wijaya Malasingha, cikgu,” ulangnya.

Seisi kelas ketawa berderai. Ada yang sampai terbatuk-batuk. Bagi mereka, bagi bakal rakan-rakan sekelasnya, mungkin namanya pelik dan hanya dia manusia tunggal yang bernama sedemikian. Tetapi baginya, juga bagi keluarganya, nama yang menjadi tanda pengenalan dirinya adalah nama biasa, nama yang tercatat dalam sijil kelahiran dan kini tercatat dalam kad pengenalan serta dalam segala dokumennya.

“Kenapa semua orang ketawa? Apa yang lucunya, apa yang menyebabkan hati semua orang dalam kelas ni tergeletek dan tergaru?” soalnya dengan suara yang agak tinggi apabila mendapati guru kelas pun turut ketawa sama.

“Siapa ayah dan ibu awak?” tanya guru kelas.

Seisi kelas terdiam dan saling berpandangan sesama sendiri bila diberitahu nama ibu dan ayahnya. Seorang yang dikenali, dihormati dan disegani.

Wajah guru kelas tiba-tiba menjadi agak keruh.

“Saya berpindah ke sekolah ni kerana keluarga saya memilih menetap di sini dan mahu mati di sini, di kampung kelahiran ibu dan ayah saya ni. Dia juga mahu saya merasakan bagaimana susahnya hidup di kawasan agak pedalaman begini tetapi penduduknya sepakat dan tali persaudaraan mereka sentiasa erat. Saya harap rakan-rakan baru saya di sekolah ini boleh menerima saya sebagai sahabat, sebagai rakan yang saling perlu memerlukan, saling bantu membantu. Jangan melihat saya sebagai anak orang ternama. Yang ternama itu ibu dan ayah saya, bukannya saya,” ucapnya. Lancar, penuh gaya dan yakin.

“Bagi mereka nama awak pelik.”

“Bukan bagi mereka sahaja tetapi bagi cikgu juga kan?”

Guru kelas mengangguk.

“Itu tandanya rakan-rakan dan cikgu sendiri buta sejarah bangsa sendiri. Rakan-rakan dan cikgu kurang ilmu bantu.” syarahnya.

“Apa kaitan nama awak dengan sejarah bangsa kita?” tanya guru kelas.

Giliran Udruga Wijaya Malasingha pula ketawa.

“Ada yang tahu siapa Cik Siti Wan Kembang?” soalnya.

“Dia hanya legenda. Belum tentu wujud,” sahut guru kelas.

“Jelas dan terbukti cikgu buta sejarah, walhal cikgu mengajar mata pelajaran sejarah. Saya tidak pelik kalau rakan-rakan sekelas menganggap Cik Siti Wan Kembang hanya legenda dan menganggap mungkin cerita mengenainya hanyalah sengaja diada-adakan. Ini adalah kerana cikgu sendiri pun beranggapan begitu.”

“Awak sendiri tahu tak, siapa Cik Siti Wan Kembang?”

“Tentulah. Saya ambil tahu dan diberitahu kerana nama saya yang menjadi bahan ketawa rakan-rakan dan cikgu sendiri ada kait berkait dengannya.”

“Saya tak faham,” guru kelas kebingungan.

Udruga Wijaya Malasingha yang merupakan anak kepada tokoh ternama yang meminati dan terlibat dalam kajian sejarah bangsa, memeranjatkan seisi kelas apabila menyebut Udruga Wijaya Malasingha itu adalah nama sebenar Cik Siti Wan Kembang. Nama Cik Siti Wan Kembang digunakan setelah dikurniakan kawasan Selatan Kelantan untuk diperintahnya sebagai raja oleh ayandanya bernama Raja Sang Tawal dengan pusat pemerintahannya bertempat di Kota Kuala Krai. Udruga Wijaya Malasingha juga adalah cucu kepada Raja Skrantayang memegang kuasa pemerintahan Empayar Melayur meliputi Tumasik hingga ke Bangkok, Campa atau Kemboja, Sri Lanka, Sumatera, Sunda dan seluruh Semenanjung Tanah Melayu.

Apabila kuasa pemerintahan diserahkan kepada anak-anaknya, Raja Skranta pergi ke Pasai dan menjadi penasihat kepada Sultan Malikul Salleh. Antara anak Skranta adalah ayah kepada Udruga Wijaya Malasingha yang menggunakan nama gelaran Cik Siti Wan Kembang apabila menjadi raja Selatan Kelantan dengan negerinya itu diberi nama Serendah Sekebun Bunga Cerang Tenggayung Kisaran Payung.

“Ada tak yang tahu kenapa Udruga Wijaya Malasingha dianugerahkan kawasan berkenaan? Maksud saya untuk menjadi raja bagi kawasan Selatan Kelantan?” pertanyaannya tidak disahut. Seisi kelas, termasuk guru kelas terlopong dengan mulut tergohong.

“Jawabnya kerana jasa Udruga Wijaya Malasingha sangat besar. Kerana dialah, maka negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu terselamat daripada jatuh ke penaklukan Siam.”

“Awak ada bukti. Ada fakta?” tanya guru kelas sebagai seorang guru sejarah.

Menurut Udruga Wijaya Malasingha, Cik Siti Wan Kembang atau nama asalnya Udruga Wijaya Malasingha yang sama seperti namanya diberi gelaran wirawati Melayur dan sebagai pemerintah kawasan Selatan Kelantan kerana kejayaannya membunuh Rama Khamheng selaku raja Sukhothai atau Siam yang menduduki takhta pemerintahan pada tahun 1283 hingga 1317.

Keturunan Rama Kamheng sekarang ini banyak menjadi Sami Buddha. Dalam sejarah, Rama Kamheng terkenal sebagai Rama Yang Berani dan telah mengetuai kemaraan Siam untuk menakluki Semenanjung Tanah Melayu dengan menerima sokongan Kublai Khan dari Cina dan sebelumnya telah berjaya menawan Sri Dhamaraja, kota pemerintahan bagai SemenanjungTanah Melayu ketika itu. Nama Sri Dhamaraja kemudian ditukar kepada Ligor atau Nakhorn Sithammarat sekarang dan menjadi sebahagian daripada negara Siam atau Thailand hingga sekarang. Kemaraan Rama Kamheng telah disekat oleh Raja Sang Tawal dan berlakulah peperangan yang hebat di Chaiya, Segenting Kra.

Peperangan yang berlaku pada tahun 1317 itu turut disertai oleh Puteri Udruga Wijaya Malasingha yang bersenjatakan seligi batang nibung sambil menunggang gajah. Udruga Wijaya Malasingha telah melompat ke atas gajah tunggangan Rama Kramheng dan meradak seligi batang nibung yang bukan sahaja membawa kepada kematian Rama Kamheng dan kekalahan Sukhothai, tetapi menjadikan keturunan raja Sukhothai itu tidak lagi berminat menjadi raja, sebaliknya lebih minat menjadi sami Buddha.

“Kerana jasa besar Udruga Wijaya Malasingha kepada agama, bangsa dan negaralah, maka bapa saya dengan persetujuan ibu telah menamakan saya dengan nama itu. Kata ayah saya, bila nama saya disebut, anak bangsa yang celik sejarah, yang tahu nilai sejarah akan ingatkan jasa besar Udruga Wijaya Malasingha. Bayangkan betapa beraninya dia dalam mempertaruhkan nyawa dan daerah menentang musuh,” syarahan Udruga Wijaya Malasingha membuatkan rakan-rakan sekelas dan guru kelas mengangguk-anggukkan kepala.

“Udruga Wijaya Malasingha nama besar dan berjasa besar. Saya secara peribadi rasa malu kerana saya tidak tahu mengenainya. Saya setuju dengan kata awak, saya adalah antara anak bangsa yang kekurangan ilmu bantu mengenai sejarah bangsa sendiri,” akui guru kelas.

“Tadi....”

“Nama saya Udruga Wijaya Malasingha,” dia segera memintas memberitahu namanya bila rakan sekelas agak sukar untuk mengingati dan menyebut namanya. Rakan sekelasnya itu agak segak orangnya.

“Nama pendeknya?” tanya pelajar lelaki rakan sekelasnya.

“Dalam keluarga, saya dipanggil Mala sahaja.”

“Saya pun mahu panggil awak Mala.”

“Suka hati awaklah.”

“Tadi awak sebut Sukhothai, nama bagi negara Siam.”

“Ya. Dinasti Sukhothai adalah bagi tempoh 1238-1350. Ia kemudian berganti dengan Dinasti Ayuthaya bagi tempoh 1350-1709 sebelum bertukar kepada Dinasti Bangkok bermula pada tahun 1782 hingga kini,” penjelasan Udruga Wijaya Malasingha membuatkan rakan sekelasnya itu tersenyum puas.

“Boleh saya tau nama awak?”

“Saya Syeikh Ahmad Fakri Bunaq bin Syeikh Jaafar Fakri Bunaq Al-Turkiyyah.”

“Keluarga awak tentu berasal dari Lumpli dekat Bangkok?”

“Kata ibu bapa saya begitulah. Tapi macam mana awak tahu?”

“Keturunan awak keturunan bersejarah, keturunan Syeikh Ahmad, jeneral tentera Kerajaan Othmaniah di Turki yang dihantar untuk berdakwah ke Nusantara. Dia bertanggungjawab memerdekakan Siam daripada penjajahan Burma. Orang Siam terhutang budi kepada keturunan awak. Syeikh Ahmad menjadi menteri luar dan perkapalan Ayuthaya bagi tempoh 1648 hingga 1630 dan sebagai penasihat raja paling kanan bagi tempoh 1630 hingga 1656. Kerana jasa besar itulah keturunan awak diberi gelaran Bunaq.”

Ketika loceng menandakan rehat berdering dan semua rakan sekelas bagi Tingkatan Lima Anggerik keluar kelas untuk ke kantin, Udruga Wijaya Malasingha dan Syeikh Ahmad Fakri Bunaq bin Syeikh Jaafar Fakri Bunaq Al-Turkiyyah, masih bercakap tentang sejarah.

Guru kelas turut tumpang sekaki mendengar keletah Udruga Wijaya Malasingha bercakap tentang kehebatan sejarah Melayu kerana dia tidak mahu menjadi guru yang ketandusan ilmu bantu lagi, menjadi guru sejarah yang buta sejarah bangsa sendiri. Kalau bukan kemunculan Udruga Wijaya Malasingha, dia tidak akan tahu bahawa nama itu adalah nama asal Cik Siti Wan Kembang, malah dia tidak akan tahu bahawa keturunan seorang lagi muridnya yang banyak berdiam diri daripada bercakap, Syeikh Ahmad Fakri Bunaq bin Syeikh Jaafar Fakri Bunaq Al-Turkiyyah, juga merupakan keturunan yang berjasa besar kepada sejarah kehebatan agama dan bangsa.


__[ Masih.Ada.Sayang ]__