Friday, August 14, 2009

Hati dan Perasaan


Mungkin Tuhan Sengaja Mahu Kita
Berjumpa Dengan Orang Yang Salah
Sebelum Menemui Insan Yang Betul
Supaya Apabila Kita Akhirnya Menemui
Insan Yang Betul, Kita Akan Tahu
Bagaimana Untuk Bersyukur Dengan
Nikmat Pemberian Dan Hikmah Di Sebalik
Pemberian Tersebut.

Apabila Salah Satu Pintu Kebahagiaan
Tertutup, Yang Lain Akan Terbuka Tapi
Lazimnya Kita Akan Memandang Pintu
Yang Telah Tertutup Itu Terlalu Lama
Hinggakan Kita Tidak Nampak Pintu Yang
Telahpun Dibukakan Untuk Kita.

Kawan Yang Paling Baik Ialah Seseorang
Yang Anda Boleh Duduk Di Dalam Buaian
Dan Berbuai Bersama Tanpa Berkata Apa-
Apa Pun Dan Kemudian Berjalan Pulang
Dengan Perasaan Bahawa Itulah
Perbualan Yang Paling Hebat Yang
Pernah Dialami.

Memang Benar Yang Kita Tidak Akan Tahu
Apa Yang Telah Kita Punyai Sehinggalah
Kita Kehilangannya Dan Juga Benar
Bahawa Kita Tidak Tahu Apa Yang Kita
Rindukan Sehinggalah 'Ia' Datang.

Memberi Seseorang Seluruh Cinta Anda
Bukanlah Satu Kepastian Yang Mereka
Akan Menyintai Anda Kembali!

Jangan Harapkan Cinta Sebagai Balasan.
Nantikan Sahaja Ia Untuk Mekar Di
Dalam Hati Mereka Tapi Sekiranya Ia
Tidak, Pastikanlah Ia Terus Mekar Di
Dalam Hati Anda. Ia Cuma Mengambil
Masa Seminit Untuk Jatuh Hati Pada
Seseorang, Satu Jam Untuk Menyukai
Seseorang, Satu Hari Untuk Menyintai
Seseorang Tetapi Ia Mengambil Masa
Sepanjang Hidup Untuk Melupakan
Seseorang.


Jangan Pandang Kepada Kecantikan
Kerana Boleh Jadi Ianya Palsu. Jangan
Kejar Kemewahan Kerana Ianya Akan
Susut.

Carilah Seseorang Yang Membuatkan Anda
Tersenyum Kerana Ia Cuma Memerlukan
Sekuntum Senyuman Untuk Mencerahkan
Hari Yang Suram. Carilah Yang
Membuatkan Hati Anda Tersenyum. Akan
Tiba Satu Ketika Di Dalam Kehidupan
Apabila Anda Teramatkan Rindukan
Seseorang Sehingga Anda Ingin
Menggapainya Dari Mimpi Anda Dan
Memeluknya Dengan Sebenar.

Mimpilah Apa Yang Ingin Anda Mimpikan,
Pergilah Ke Mana-Mana Yang Ingin Anda
Tujui Dan Jadilah Apa Yang Anda
Inginkan Kerana Anda Hanya Memiliki
Satu Kehidupan Dan Satu Peluang Untuk
Melakukan Semua Perkara Yang Ingin
Anda Lakukan.

Semoga Anda Memiliki Kebahagiaan Yang
Cukup Untuk Membuatkan Diri Anda
Menarik, Percubaan Yang Cukup Untuk
Membuatkan Anda Kuat, Kesedihan Yang
Cukup Untuk Memastikan Anda Adalah
Seorang Insan Dan Harapan Yang Cukup
Untuk Membuatkan Anda Bahagia. Selalu
Bayangkan Diri Anda Di Dalam Kasut
Seseorang.Jika Anda Rasa Ianya
Menyakitkan Anda, Fikirlah Ia Mungkin
Menyakitkan Orang Lain Juga.

Kebahagiaan Seseorang Manusia Tidak
Semestinya Dalam Memiliki Segala Yang
Terbaik. Mereka Hanya Membuat Yang
Terbaik Dalam Hampir Apa Saja Yang
Datang Di Dalam Perjalanan Hidup
Mereka.

Kebahagiaan Terletak Kepada Mereka
Yang Menangis, Mereka Yang Terluka,
Mereka Yang Telah Mencari Dan Mereka
Yang Telah Mencuba. Hanya Mereka Yang
Boleh Menghargai Kepentingan Manusia
Yang Telah Menyentuh Hidup Mereka.

Cinta Bermula Dengan Senyuman, Mekar
Dengan Ciuman Dan Berakhir Dengan
Tangisan. Masa Depan Yang Cerah
Sentiasa Berteraskan Kehidupan Yang
Lalu Yang Telah Dilupakan. Anda Tidak
Boleh Meneruskan Kehidupan Dengan
Sempurna Sehingga Anda Melupakan
Kegagalan Dan Kekecewaan Masa Silam.

Semasa Anda Dilahirkan, Anda Menangis
Dan Orang Di Sekeliling Anda
Tersenyum. Teruskanlah Hidup Anda
Supaya Apabila Anda Mati Nanti,
Andalah Yang Akan Tersenyum Dan Orang
Sekeliling Anda Pula Yang Akan Menangis

11 comments:

Naz said...

bro Am buat sendiri ker poem ni... so nice la.. pokcik suka... :)

Am said...

Salam bro naz, lama tak jengok kat sini bro, bro sihat ke.

ameeza77 said...

indah dan padat

Naz said...

sihat mcm selalu... bro Am amacam?
kat Klang ni petang jer hujan...

Kish said...

he he.... poem bermunge2 tu, semunge2 hati saya juge, he he.. erkz, *terlajak pulak*, ha ha. JB pun hujan jugak abg naz!!!

Naz said...

Kish.. JB pun hujan juger? rasanya skrg ni musim hujan la.. Poem tu utk Kish ker... hehehehe....

Kish said...

ha ha ha, anede utk kish abg naz... sape la saya ni. muehehee. Ye, sgt lebat!!! kesian org2 yg convo, terpaksa berasak2 dalam hujan...isk2. tp org bukan kire, redah aje. (",)

Naz said...

dlm blog bro Am pun kita bla3... marah tuan ghumah krg.. hehehehe...
kalo utk Kish pun x der masalah punyakan? thiz poem so nice lah... rasa mcm nak buat lagu jer... tuan rumah kasi x??

hujan rahmat tu... :)

Am said...

tuan umah tak kesah nya, tuan umah seddia milo or kopi utk tamu dan juga biskut yg along buat. amik je bro naz, eh dgr sama2.

ameeza77 said...

along nak teh tarik KISH and roti banggali dubai :P

Naz said...

boleh bro Am?.. kalo mcm tu, pokcik minta permission utk edit poem supaya ngam dng mlody nnti.. kalo dah siap, pokcik gtahu... kalo idea tu dtg cepat, cepatlah siap... kalo lambat.. hehehehe...

sedap sungguh makanan kat sini.. ni yg nak slalu lepak kat sini smbil bla3x... hehehehe...

Kak Meeza... pokcik nak roti tempayan...